Sunday 9 March 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370, MALAYSIA AIRLINE - #PrayForMH370

Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

Pelbagai pendapat dari semua pihak, ada yang cakap ada pengganas dalam pesawat tersebut, ada yang cakap kegagalan pilot dan menyebabkan terhempas dan ada juga yang berpendapat bahawa tragedi kehilangan pesawat dikaitkan dengan benda aneh.macam-macam..Apapun sedikit terjemahan Surah Yassin Ayat 41 yang dikaitkan dengan tragedi ini :


Hanya Allah SWT Maha mengetahui setiap yang berlaku...

No comments:

Post a Comment

Lain-lain