Tuesday 14 January 2014

DITINDIH MAKHLUK HALUS? BETUL KE?

Assalamualaikum, saya sengaja ingin bercerita sedikit tentang kejadian yang sering berlaku diantara kita yang ditindih ketika tidur/bangun tidur. Adakah anda pernah lalui kejadian sebegini?. Bagi saya, masyarakat kita sering menganggap bahawa fenomena ini berkait rapat dengan Jin/Syaitan. Kenapa?, mungkin masyarakat kita terlalu berpegang dengan kepercayaan tahyul. Namun begitu, tidak semua individu mempercayai nya.

Sebelum itu, saya ingin memberitahu bahawa, saya tidak pernah mengalami gangguan sebegini ketika tidur mahupun bangun tidur. Alhamdulilah. **sebab aku kalau dah tidur, memang tidur mati, sampai semua benda yang nak kacau aku menyirap hahahahah. OKAY STOP AMEZY!, ini bukan entry lawak, ini entry kau nak berdakwah!. okay sambung baca =.=.

Okay, banyak cerita cerita tentang fenomena ni sebenarnya. Contoh yang saya selalu dengar:* Badan aku kene tindih dengan objek berat, tapi aku tak nampak pun objek tu.* Aku nak menjerit tapi suara aku tak keluar.* Badan aku berpeluh peluh masa tu sebab aku nak cuba bangun.* Aku rasa macam kene himpap dengan lori balak* Aku cuba untuk bangun hampir 25 minit.* Malam tadi aku kene tindih kat katil aku, sekarang aku bangun dah ada kat hospital.* Muka aku warna ungu (pucat)

Adakah benar jin atau syaitan menindih anda ketika tidur?. Saya masih tidak boleh memastikannya. Dalam segi saintifik pula, Fenomena ini dipanggil sebagai "SLEEP PARALYSIS". Sleep Paralysis atau dalam bahasa melayu nya ialah "Paralisis Lumpuh". Ia terjadi apabila kita hendak memasuki ke fasa tidur dan hendak ke fasa bangun tidur. Apabila kita hendak ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan lahan. Apabila otak kita dah fully shut down, badan juga ikut sama shut down kecuali Jantung (bernafas).

Antara otak dan badan kita, akan wujud Disconnection. Disconnection inilah yang akan menyebabkan Sleep Paralysis. Contoh yang sering dikaitkan dengan Sleep Paralysis ini seperti, ketika tidur dengan lena dan terbangun secara tiba tiba (terjaga). Berbalik kepada Disconnection tadi, otak dan badan akan terkejut. Otak akan lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan gagal untuk melakukan sebarang pergerakan. Jadi, disinilah terjadinya Sleep Paralysis. Boleh paham?.

Punca Sleep Paralysis ini terjadi mungkin disebabkan, * Tidur terlentang dalam masa yang lama. * Stress. * Jadual yang padat. * keletihan yang teramat sangat.* Tidur dalam keadaan yang salah, dan sering kebas.* Terjaga dari tidur dan bangun dengan secara tiba tiba.* Mood yang selalu bertukar.

Sleep Paralysis ini sangat berbahaya. Contoh, ketika kita mengalami sleep paralysis, mungkin kita juga akan diserang oleh "attack panic", iaitu rasa panik yang teramat sangat menyebabkan jantung kita gagal berfungsi dengan baik (asma/sakit jantung), dan selepas itu MATI. Ingat, ada kes mati akibat sleep paralysis ni. Jadi, ketika kita diserang sleep paralysis tolong jangan panik. Kerana itu akan membuatkan umur anda menjadi lebih panjang. haha.

Okay berbalik kepada kepercayaan masyarakat kita yang sering dikaitkan dengan tahyul. Saya mempunyai banyak cerita ditindih hantu ketika tidur ni dar kawan kawan. Macam macam cerita yang saya dengar, Walaupun seumur hidup saya, saya tidak pernah mengalami fenomena sebegini. Tapi, gangguan lain masih ada. Ketika saya melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi saya sering diganggu di asrama, dimana asrama itu dikatakan "keras". Pada satu malam ketika saya hendak tidur, selimut saya seolah olah ditarik dengan secara perlahan lahan, saya tersedar dengan pergerakan selimut itu, saya tidak hiraukan. Lalu saya menarik semula selimut itu dan pegang. Sambil mengereng dan pejamkan mata, selimut saya masih bergerak. Apa yang sedang terjadi? sedangkan saya masih pegang selimut itu. Seperti ada yang menarik. Saya bingung, apabila mula rasa tak sedap hati, Saya majukan diri untuk memetik suis lampu, namun tiada apa yang saya lihat kecuali selimut saya jatuh dilantai dan kawan saya yang sedang tidur lena dibuai mimipi yang indah. Tak silap saya, masa tu pukul 2:30pagi. Keadaan yang sunyi turut membuatkan saya seram sejuk apabila merasakan saya soorang sahaja yang masih belum tidur ketika itu. Namun begitu, saya masih ingat akan pesanan mak saya dan saya tahu serba sedikit untuk menghalang diri dari diganggu jin atau makhluk halus. Dengan berberapa surah Al-Fatihah yang dibaca berulang kali saya melangkah masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lalu menuju ke katil dengan berselawat. Apabila sampai ke katil, saya menadah kedua belah tangan dan membaca 3qul. Dengan keizinan nya, saya dapat tidur dengan lena sampai terlewat masuk ke kelas keesokkan harinya =.= .

Perkara yang terjadi pada saya malam itu, tidak saya menganggap ia datang nya dari makhluk halus ataupun jin, kerana saya hanya ingin mencegah dari sebarang mala petaka. Bukan itu juga, saya mahu tidur yang lena tanpa ada sebarang gangguan.

Jika kawan kawan saya mengadu badannya sakit, atau ditindih hantu ketika tidur saya cuma kata "kau try baca Al-Fatihah, Selawat ke atas Nabi, Wuduk, lepas tu baca 3Qul, kalau kau ingat Ayat Kursi lagi bagus".Macam ada kes malam tadi, kawan saya (Putri) mesej pukul 3:00 pagi dia kata macam kene tindih, badan susah nak bergerak 100%, saya suruh dia berwuduk dan berselawat. Tapi dia kata, dia tengah cuti. Dalam kes dia ni macam payah sikit lah, tapi masih boleh ikhtiar. Walaupun anda sedang haid anda masih boleh berwuduk kerana hukumnya sunat, bukan haram. Jadi tak salah. Jika mulut anda susah untuk mengeluarkan suara, jangan takut. Ingat, dalam Al-Quran ada kata kita semua ada dua mulut, mulut lagi satu berada didalam hati. Jika ketika itu anda merasakan seperti ada sesuatu objek yang berat menindih anda, pejamkan mata lalu berselawat dan membaca 3Qul atau baca Ayat Kursi. Insyallah, gangguan itu akan hilang.

Saya bukan lah pandai sangat dalam hal hal macam ni, saya mengaku saya tidak berpengalaman merasai fenomena ini, tapi istilah "DIKACAU SYAITAN/JIN/MAKHLUK HALUS" itu kita boleh ikhtiarkan sendiri. Cuma yakin pada diri. Dan perlu tahu asas ilmu keagamaan ini. Penting!, sangat penting!. Saya mendapat tips atau amalan ketika sebelum tidur daripada Abu Zulfiqar Amsyari, baca ni.


* Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga lena adalah lebih baik).* Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi, dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di pembaringan kita.* Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursi (sekadar saranan)* AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul, hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. Dengan izin Allah, amalan 3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.* Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah Nabi). Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.* Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jika dapat berterusan berzikir sehingga lena lebih bagus.


** To all, kalau kau susah nak tidur, kau berzikir lah. kau baca zikir ni.


tawassalna bi bismillahwa bil hadi rasulillah [2x]wa kulli 'arifin billahwa ahlillahi ya allah [2x]


ya allahsyumu silhudashuyukhil waraanujuu min nada [2x]bihinnas lahu min kulli azabi qadrillahi ya allah


Okay, sesiapa yang pernah kene fenomena ni, conform sekarang tertanya tanya, aku ni SLEEP PARALYSIS ke atau betul betul KENE TINDIH?, haha , saya tak dapat nak jawab. Setiap individu adalah berlainan. Bagi saya sains dan keilmuan agama adalah fakta yang sering kita gunakan sehingga kini, tapi mana satu yang betul?. Ingat, "kita tidak boleh selalu belajar melalui bukti. Kita harus belajar dari punca". **korang ada perasan tak, apabila sains mengkaji sesuatu keajaiban Allah, sure jawapan nya mengarut, betul?.

Sumber

Saya cuma ingin menceritakan apa yang saya lalui dan apa yang saya tahu. Tak salah kan. Tolong jangan abaikan ini, ambil sedikit keperihatinan anda. Assalamualaikum.

Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya,
hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan
dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia
(mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

No comments:

Post a Comment

Lain-lain